SALAFI JIHADI
SALAFI JIHADI
.
Demikian antara istilah negatif yang dilemparkan ke atas mereka yang berpegang dengan Manhaj Salaf As-Soleh.
.
.
Jika ditinjau istilah ini:
.
Salafi berasal daripada perkataan Salaf yang bererti apa yang terdahulu.
.
Perkataan Salafi merujuk kepada generasi Umat Islam yang terawal bermula dengan zaman Rasulullah sallalahu alaihi wasallam dan para Sahabat.
.
Jihadi pula berasal daripada perkataan jihad iaitu berperang di medan pertempuran bagi menegakkan Kalimah Allah di atas muka bumi.
.
Dikatakan ‘Jihadi’ sebagai nisbah kepada jihad yang membawa maksud percaya kepada jihad, banyak melakukan jihad dan seumpamanya.
.
.
Sejarah telah menunjukkan bahawa Rasulullah sallalahu alaihi wasallam, sepanjang hidupnya di Madinah sesudah turunnya pensyariatan jihad, telah menyertai banyak pertempuran-pertempuran di medan perang bagi mempertahankan Akidah Islam serta menyebarkan Agama Tauhid ke serata bumi.
.
Di samping perang-perang besar seperti Badar (tahun 2 Hijrah), Bani Qainuqa’ (2 Hijrah), Uhud (3 Hijrah), Bani Nadhir (4 Hijrah), Bani Mustalaq (5 Hijrah), Khandaq / Ahzab (5 Hijrah), Hudaibiah (6 Hijrah), Khaibar (7 Hijrah), Pembukaan Kota Mekah (8 Hijrah), Taif (8 Hijrah), Hunain (8 Hijrah) dan Tabuk (9 Hijrah), ada yang mengatakan bahawa jumlah perang yang disertai oleh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam ialah 29 perang!
.
Sembilan daripadanya berlakunya pertempuran manakala bakinya Umat Islam memperoleh kemenangan tanpa pertempuran.
.
.
Ini tidak mengambil kira ‘saraya’ iaitu pasukan-pasukan khas yang dikirim oleh Nabi sallalahu alaihi wasallam tanpa Baginda sendiri menyertainya, iaitu sebanyak 38 kali!
.
.
Berdasarkan Sirah Nabi, bukankah secara istilahnya Rasulullah adalah seorang ‘Jihadi’?
.
.
Tanpa sedar, golongan yang menggunakan istilah ‘Salafi Jihadi’ ini, mereka memberi gambaran negatif kepada perjuangan Rasulullah dan para Sahabat yang telah meneruskan perjuangan sesudah kewafatan Baginda sehingga berjaya membuka banyak kota-kota Islam yang baharu.
.
.
Adakah mereka tidak mengiktiraf perjuangan Nabi dan para Sahabat yang telah berperang, berjihad dan sanggup menggadaikan nyawa menegakkan Agama Allah?
.
.
Mengapa perlu menggunakan istilah ‘Salafi Jihadi’ sedangkan ia jelas mengelirukan dan memburuk-burukkan Agama Islam itu sendiri.
.
.
Kita mengakui adanya golongan yang menyalah ertikan jihad dan menggunakannya pada jalan yang salah untuk membunuh orang-orang yang tidak bersalah, membunuh wanita dan kanak-kanak, memerangi kerajaan-kerajaan Islam dan menimbulkan kekacauan serta menggugat keamanan dan ketenteraman awam.
.
.
Para ulama sejak zaman berzaman mengistilahkan golongan ini sebagai:
.
.
KHAWARIJ!
.
.
Ini istilah yang benar dan tepat; KHAWARIJ.
.
Adapun istilah ‘Salafi Jihadi’, ia lebih kepada meludah ke langit.
.
.
Ia memburuk-burukkan Agama Islam itu sendiri, mencela Nabi dan para Sahabat yang telah banyak berkecimpung dalam jihad bertempur di medan perang memperjuangkan Agama.
.
Bukankah mereka menjadi penghulu pahlawan Islam yang anda istilahkan sebagai ‘jihadi’?
.
.
Ternyata bahawa istilah ‘Salafi Jihadi’ membawa konotasi buruk dan jelek kepada Islam itu sendiri.
.
Sewajarnya ia ditinggalkan.
.
.
Hakikat di sebalik tujuan penggunaan istilah ‘Salafi Jihadi’ ini akan tersingkap apabila kita mendapati bahawa golongan yang mula menggunakan istilah ini adalah orang-orang kafir Barat dan Syiah pada zaman sekarang.
.
.
Benar, ia adalah istilah baharu yang baru muncul tidak berapa lama dahulu yang dipopularkan oleh media-media kafir Barat dan Syiah.
.
.
Kita maklum bahawa kaum kafir Barat Yahudi dan Nasrani mahu menghancurkan Islam, memisahkan Umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar, memaksa Umat Islam ikut ajaran Islam ‘mereka’ iaitu Islam Liberal, Islam Demokrat, Islam Pluralisme yang mereka istilahkan sebagai ‘Islam Moderat’ Islam Sederhana; tidak melampau dan tidak ekstrem.
.
.
Bagi kaum kafir ini, jihad perang fisabilillah adalah buruk, terrorism dan perlu dibanteras.
.
Adapun mereka melancarkan perang ke atas negara-negara Muslim, mengebom dan menghancurkannya serta membunuh jutaan nyawa orang Islam, itu adalah suatu perjuangan yang baik dan boleh dijustifikasikan.
.
.
Kita tetap tidak setuju dengan orang Islam yang bertindak balas mengangkat senjata dan berperang dengan kaum kuffar ini tanpa mengikut garis panduan Syarak. Mereka ini layak dinamakan Khawarij.
.
.
Kebencian orang-orang Syiah kepada para Sahabat sehingga mengkafirkan mereka sudah maklum.
.
Memburukkan para Sahabat sememangnya menjadi sebahagian daripada akidah Syiah.
.
.
Lalu dalam kalangan orang-orang Sunni sendiri yang turut mengikuti orang-orang kafir dan Syiah dalam menggunakan istilah ‘Salafi Jihadi’ jelas tidak wajar.
.
.
Mengapa tidak mahu menggunakan istilah Khawarij?
.
.
Mengapa masih menggunakan istilah ‘Salafi Jihadi’ yang jelas mengelirukan?
.
.
Adakah anda mahu bersama orang-orang Sunni atau lebih rela menjadi alat bagi orang-orang kafir dan Syiah?
.
Nauzubillah.
.
.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
=======
.
Ingin membantu Ilmu Salaf Dot Com? WhatsApp ke 019-664 7749 atau klik link ini: http://bit.ly/2gVGBlu
.
[ ADMIN ]