MENJAUHI PERKATAAN-PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN
MENJAUHI PERKATAAN-PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN
Tidak dinafikan bahawa mengelak daripada menggunakan lafaz-lafaz yang mengelirukan adalah suatu perkara yang dituntut dan selamat bagi mengelak salah faham dan menutup pintu-pintu kemudaratan.
Perkara ini dapat dilihat dalam firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا ۗ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu; dan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang pedih.”
[Surah Al-Baqarah, 104]
Ini kerana orang-orang Yahudi menggunakan lafaz “raaina” untuk mencemuh Nabi, sedangkan orang-orang Islam ketika mengucapkannya kepada Nabi, mereka tidak memaksudkan apa yang diniatkan oleh orang-orang Yahudi itu.
Walaupun niat para Sahabat ketika menggunakan perkataan “raaina” kepada Nabi adalah baik, ternyata Allah tetap melarang mereka menggunakan perkataan tersebut.
Orang-orang Islam mengatakan “raaina” kepada Nabi dengan maksud: Raikan kami.
Sedangkan orang-orang Yahudi – laknat Allah atas mereka – memaksudkan “raaina” dengan erti: Ra’unah (kebodohan).
Dalam mentafsirkan ayat Al-Baqarah di atas, Imam Al-Qurtubi mengatakan:
“Dalam ayat ini mengandungi dua dalil:
Pertama: Menjauhi lafaz-lafaz yang tidak pasti (yang boleh mengelirukan).
Kedua: Berpegang dengan kaedah menutup pintu-pintu kemudaratan.” (tamat)
Berikut contoh perkataan-perkataan yang wajar diperbetulkan:
Gosip – Mengumpat
Minuman alkohol – Arak
Bunga / Faedah – Riba
Insuran – Judi
Orang biasa – Orang fasik
Majlis Zikir – Majlis Menari
Orang bukan Islam – Kafir
Anda mampu melakukannya – dengan izin Allah
Yakin boleh! – Yakin dengan kuasa Allah!
Negara maju – Negara kafir
Kejayaan di tangan anda! – Kejayaan dengan pertolongan Allah!
Sabda Nabi:
“Sesungguhnya seorang hamba mengucap satu kalimah yang dimurkai Allah tanpa dia peduli lalu dia dihumban dalam Neraka Jahanam.”
Riwayat Bukhari.
Barakallahu fikum.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
P/S: Klik SHARE.
SEKARANG, iSDC di INSTAGRAM. Klik di sini: (https://www.instagram.com/ilmusalafdotcom)
[ Admin ]