MENJAGA KESATUAN & PERPADUAN UMAT
MENJAGA KESATUAN & PERPADUAN UMAT
.
Umat Islam diperintahkan supaya bersatu-padu dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunah Nabi. Kedua-dua sumber ini perlu dijadikan sebagai rujukan dalam apa jua perselisihan; baik dalam hal dunia mahupun Agama agar masyarakat Islam dapat terus mengekalkan kesatuan antara mereka.
.
Perbalahan yang berterusan hanya akan menyebabkan umat menjadi lemah, justeru kekuatan mereka untuk berdepan dengan musuh akan hilang. Firman Allah:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ.
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah dan kekuatan kamu akan hilang; dan bersabarlah; sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.” [Surah Al-Anfaal, ayat 46]
.
Tiada kekuatan tanpa ada kesatuan. Urusan Agama dan urusan dunia tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan baik jika tidak ada kesepakatan. Atas sebab inilah Syariat Islam melarang perpecahan dan perbalahan, dan umat Islam diperintahkan supaya bersatu padu dalam mentaati perintah Allah dan juga perintah RasulNya.
.
Pada hari ini umat Islam dalam negara telah berpecah pada tahap paling dahsyat dalam sejarah negara, sehingga terbentuknya lima buah parti politik. Setiap parti ini diterajui oleh pemimpinnya dengan hala tuju dan pegangan masing-masing.
.
Persoalan besar di sini, apakah keadaan ini baik dari sudut Agama dan baik untuk umat dan negara?
.
Dukacitanya, jangan terkejut sekiranya usaha murni mengembalikan masyarakat kepada menghayati tuntutan Agama untuk bersatu padu mentaati pemerintah Muslim negara, tidak memberontak ataupun menjatuhkannya dengan apa jua cara, bagi mengelakkan masyarakat daripada terus berpecah-belah, bersengketa dan akhirnya dikhuatiri sampai menggugat keamanan dan kestabilan serta membantutkan kemajuan negara, usaha-usaha murni ini disanggah dengan dakwaan bahawa ini adalah satu pandangan ekstrem yang bercelaru. Barangkali tohmahan dan pelbagai label buruk turut dilemparkan. Mungkin juga ada yang berpandangan bahawa ini fahaman kolot terkebelakang tidak selari dengan nilai-nilai kemodenan demokrasi Barat.
.
Subhanallah, sedar atau tidak, sebahagian mungkin mahu mengekalkan umat terus berpecah-belah dan bercakaran tanpa ada hujungnya, tanpa memberikan apa-apa penyelesaian kepada musibah besar yang menimpa umat negara pada hari ini. Malah usaha ke arah itu pun dihalang.
.
Semestinya isu-isu politik dan negara seperti ini perlu dibahaskan secara tuntas, tidak memadai dengan hanya memberi komen-komen di laman sosial FB dan WhatsApp. Cara seperti ini hanya menambahkan kekeliruan masyarakat.
.
Untuk itu, penulis dan rakan-rakan asatizah dalam usaha menghasilkan sebuah buku ilmiah yang membahaskan topik-topik ini agar satu kesimpulan yang tepat dan benar dapat dikeluarkan bersesuaian dengan panduan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah di samping merujuk kepada fatwa-fatwa para ulama. InsyaAllah, ia akan keluar tidak lama lagi. Pastikan anda memperolehnya dan membacanya. Doakan semoga semua berjalan lancar.
.
=======
.
Sahabat-sahabat tak nak lepaskan peluang mendapatkan buku tersebut?
.
Follow FB UIS rapat-rapat. Ikuti 2 langkah mudah di bawah:
.
1) Klik ‘Following’ di FB UIS
2) Dalam mode ‘Default’? Pilih ‘See First’
.
Alhamdulillah, selesai. Kami akan update semula di FB UIS cara-cara mendapatkan buku tersebut.
.
Baarakallahu fikum.
.
[.ADMIN.]