MENGUTUK PENGEBOMAN DI MEKAH AL-MUKARRAMAH
MENGUTUK PENGEBOMAN DI MEKAH AL-MUKARRAMAH
Warga iSDC mengutuk sekeras kerasnya letupan bunuh diri yang berlaku semalam di Ajyaad Mekah pada 28.09.1438H / 23.06.2017 berhampiran dengan Masjidil Haram.
Alhamdulillah, dengan izin Allah kecekapan pihak keselamatan Arab Saudi telah berjaya mematahkan cubaan anasir-anasir pengganas daripada melancarkan serangan mereka ke atas para jemaah umrah dan pengunjung Masjid Al-Haram.
Semoga Allah memelihara kedua-dua Tanah Suci, Arab Saudi, Malaysia dan seluruh negara Islam daripada sebarang musibah dan malapetaka.
Sungguh Dia lah Yang Maha Kuasa lagi Maha Kuat.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
[ ADMIN ]