MENARI DI HADAPAN KHALAYAK

MENARI DI HADAPAN KHALAYAK

Cubaan akhir zaman apabila budaya Barat semakin menular.

Hanya mereka yang dipelihara Allah sahaja yang selamat.

Dahulu ia dianggap memalukan. Kini dilakukan secara terang-terangan, bercampur lelaki dan perempuan.

Apa yang dahulu hanya berlaku di kelab-kelab malam dengan sajian arak dan bunyi muzik yang hingar-bingar, kini berlaku di tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital dan yang lain.

Benarlah sabda Nabi:

إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئْت

“Jika engkau tiada rasa malu, buatlah apa yang engkau suka.”

Riwayat Bukhari.

Hadis ini ancaman buat mereka yang bukan sahaja tidak menjaga batasan Agama, bahkan mereka sampai tidak segan-silu melakukan hal-hal terlarang.

Ini semua berlaku apabila perasaan tidak malu hilang dari dalam diri. Tidak malu dengan Allah, dan tidak malu dengan sesama manusia.

Semoga Allah pelihara kita, isteri-isteri dan anak-anak, daripada segala bentuk fitnah, apa yang zahir dan apa yang tersembunyi.

Wallahul musta’an