MEMBANTU MUSLIM ROHINGNYA DEMI ‘KEMANUSIAAN’

MEMBANTU MUSLIM ROHINGNYA DEMI ‘KEMANUSIAAN’

Perkataan ‘kemanusiaan’ ini sewajarnya ditukar kepada ISLAM / ALLAH.

Tanpa sedar perkataan ‘kemanusiaan’ boleh memerangkapkan kita dalam jaringan liberal sekular memisahkan antara urusan Agama dan dunia.

Walhal segala usaha bantu kita kepada Muslim Rohingnya perlu didasari kerana ISLAM; kerana IMAN dan TAKWA; dan mengharapkan keredaan ALLAH.

Ini baru menepati erti IKHLAS beramal kerana ALLAH. Adapun beramal kerana manusia? Sia-sia namanya.

Saudara Muslim kita di sana pun dibunuh bukan kerana etnik bangsa. Ini adalah satu kekeliruan yang disengajakan.

Media massa seolah-olah sepakat tidak mahu mengakui bahawa ia adalah PERANG AGAMA kerana mereka MUSLIM.

Bertujuan supaya Umat Islam terus lena dengan dunia bercakaran sesama mereka dan dalam masa yang sama KAFIR membunuh saudara Muslim mereka dan MENYERANG negeri mereka.

Seperti yang kita lihat sedang berlaku di Syria dan Iraq sesudah di Afghanistan, Libya, Bosnia dan tempat lain di mana tampak jelas percaturan dan serangan kaum KUFFAR atas kaum MUSLIMIN.

Dukacitanya, rata-rata Umat Islam masih dalam lamunan dunia jika bukan berbalah dan bercakaran sesama mereka kerana HARTA dan JAWATAN. Orang kafir pula terus gembira menanti hari mereka.

Benarlah sabda Nabi:

يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها

“Dikhuatiri umat manusia akan mengelilingi kamu sepertimana mereka mengelilingi hidangan makanan.”

فقال قائل: ومن قلة نحن يومئذ؟

Seorang bertanya: “Apakah kerana jumlah kita sedikit pada waktu itu?”

قال: بل أنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن الله في قلوبكم الوهن .

Jawab Nabi: “Bahkan kamu ramai tetapi kamu seperti buih-buih air banjir; dan Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu perasaan takut terhadap kamu, lalu dicampakkan ‘al-wahn’ dalam diri kamu.”

فقال قائل: يا رسول الله وما الوهن؟

Seorang bertanya: “Apakah itu ‘al-wahn’?”

قال: حب الدنيا وكراهية الموت

Kata Baginda: “Cinta dunia dan takut mati.”

Sahih. Riwayat Abu Daud.

Wallahul musta’an.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
Pengerusi Ilmu Salaf Dot Com (iSDC)
————————-
Jom sertai channel Telegram iSDC. Klik telegram.me/ilmusalafdotcom

[ Admin ]