Old wooden door

MANUSIA PENDOSA

– Dan syaitan bertipu-muslihat

Jangan engkau ditipu syaitan yang ada kalanya akan mencantikkan dosa itu buat engkau manakala di masa yang lain dia memperkecilkan amalan-amalan ketaatan yang engkau lakukan atas alasan dosa-dosa yang engkau terjebak melakukannya.

Sebaliknya hendaklah engkau terus beramal taat dan gigih mengerjakannya.

Kerana sabda Nabi ﷺ:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُؤْمِنٍ إِلا وَلَهُ ذَنْبٌ يَعْتادُهُ الْفَيْنَةَ بَعْدَ الْفَيْنَةِ، أَوْ ذَنْبٌ هُوَ مُقِيمٌ عَلَيْهِ لا يُفَارِقُهُ حَتَّى يُفَارِقَ، إِنَّ الْمُؤْمِنَ خُلِقَ مُفْتَنًا تَوَّابًا نَسِيًّا إِذَا ذُكِّرَ ذَكَرَ.

“Tidaklah seorang Muslim melainkan padanya terdapat dosa yang dilakukannya dari semasa ke semasa, atau dosa yang dia memang selalu melakukannya. Dosa itu tidak lepas daripada dirinya melainkan setelah dia menginggalkan dunia. Sesungguhnya seorang Mukmin diciptakan dalam keadaan sering diuji, sering bertaubat, sering lupa dan jika diingatkan maka dia akan segera beingat.”

[Sahih. Riwayat al-Tabarani]

Justeru teruskan beramal dan awaslah daripada tipu daya syaitan

Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Ramadan 1443H
04 April 2022

Similar Posts

  • |

    MUBAHALAH

    Mubahalah bermaksud sumpah laknat antara dua orang yang berselisih. CARA PELAKSANAAN Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang…

  • |

    HUBUNGAN HAMAS-IRAN

    Pemimpin Hãmãs, Ismail Haniyeh, menjelaskan bahawa perang antara Hãmãs dan Israel antara lain bertujuan untuk melemahkan Israel dan mengalihkan perhatiannya. Ia bagi mengelakkan pertembungan langsung antara Israel dan Iran, kata beliau. (Lihat video di lampiran) Dalam perkembangan lain, jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Ramadan Syarif mendedahkan bahawa Taufan al-Aqsa yang dilancarkan…

  • |

    SEJARAH PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA

    “Kedatangan penjajah merupakan titik tolak bermulanya pendidikan muzik di sekolah-sekolah tanah air.” https://pendidikanmuzikmalaysia.blogspot.com/2013/07/sejarah-perkembangan-pendidikan-muzik.html CATATAN Mata pelajaran muzik sekolah rendah elok dimansuhkan. Allah jua pemberi petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang26 Safar 1446H31 Ogos 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

    Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam. Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya. Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Firman Allah ﷻ: قُل لَّا…