LARANGAN BERMUSAFIR UNTUK MENZIARAHI KUBUR TERTENTU
LARANGAN BERMUSAFIR UNTUK MENZIARAHI KUBUR TERTENTU
Sabda Nabi ﷺ:
لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى.
“Tidak boleh bermusafir (dengan tujuan ibadah) kecuali ke tiga buah masjid: Masjid Al-Haram, Masjidku ini dan Masjid Al-Aqsa.”
[Sahih. Riwayat Ahmad]
Menziahi perkuburan termasuk dalam hal ibadah, dan tujuannya adalah seperti yang disabdakan Nabi ﷺ:
“Kerana ia mengingatkan kamu kematian.”
Sahih. Riwayat Tirmizi.
Terdapat hanya dua tujuan untuk kita menziarahi kubur iaitu:
1. Mengingati kematian;
2. dan mendoakan si mati.
Walaupun pada hakikatnya tujuan kedua ini tidak semestinya di lakukan di perkuburan. Boleh sahaja didoakan untuk si mati itu di mana jua kita berada.
Adapun bermusafir untuk menziarahi kubur orang tertentu, seperti para nabi dan orang-orang soleh, hal ini sama sekali tidak disyariatkan sebagaimana dalam hadis di atas.
Tiada dalil sahih sama sekali yang menganjurkan amalan seperti ini.
Malah ia ditegah kerana ia membuka pintu khurafat, mempercayai adanya keramat, kelebihan-kelebihan tertentu, memohon dan berdoa kepada si mati dan seumpamanya yang jelas membawa kepada syirik menyekutukan Allah ﷻ.
Kerana itu Nabi ﷺ bersabda:
لَعَنَ اللهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ.
“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani; mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid.”
[Sahih. Riwayat Ahmad]
Orang-orang Yahudi dan Nasrani dilaknat kerana mereka menjadikan kuburan nabi mereka sebagai tempat untuk solat, beriktikaf, berdoa, bahkan ada yang sampai tawaf mengelilingi kubur.
Ini semua jelas ditegah Agama kerana ia membawa kepada kesesatan.
Golongan yang melakukan amalan seperti ini jelas termasuk dalam kalangan para PENYEMBAH KUBUR!
Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Mei 2017