|

KORONAVIRUS SUDAH DITANGKAP DALAM BOTOL?

Pentingnya AKIDAH MASYARAKAT ISLAM terus dipelihara dan dimantapkan dengan TAUHID mengesakan ALLAH dalam semua urusan ibadah, khususnya ibadah-ibadah hati, di samping menjauhi segala bentuk SYIRIK dan perkara-perkara KHURAFAT.

AKIDAH seorang MUSLIM akan diuji apabila berdepan musibah seperti mana wabak penyakit yang melanda negara sekarang.

Sejauh mana kita bergantung pada ALLAH, berserah dan berlindung denganNYA.

Adakah dibolehkan untuk kita mengambil ASBAB MUSABAB sehingga terjebak dalam hal-hal KHURAFAT dengan meyakini perbuatan-perbuatan LUAR BIASA yang TIDAK LOGIK dan TIDAK MASUK AKAL?

Adakah ini termasuk dalam erti IKHTIAR YANG DIBENARKAN SYARIAT?

Sedangkan NABI ﷺ bersabda:

“Barang siapa mendatangi DUKUN (PAWANG) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari.”

Sahih. Riwayat Muslim.

Nabi mengatakan bertanya, bagaimana pula jika sampai merawat dengan segala ritual dan jampi serapah? Jelas lebih berat hukumnya.

Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit dengan cara jampi serapah.

Pawang ialah orang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).

Dahulu mereka dikenali sebagai BOMOH, DUKUN, PAWANG, TABIB…

Kini mereka dipanggil USTAZ yang lengkap berjubah, kopiah dan serban.

Di sini pentingnya mempelajari AKIDAH sesuai dengan petunjuk AS-SUNAH sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh para SAHABAT.

Jika tidak, maka anda akan menjadi mangsa PENUNGGANG-PENUNGGANG AGAMA yang senantiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan atas mangsa-mangsa yang jahil dan kurang pengetahuan Agama, lebih-lebih lagi ketika mereka dalam keadaan takut dan panik.

Kesudahannya, bukan sahaja anda diancam bahaya penyakit KORONAVIRUS, bahkan penyakit KHURAFAT yang merosakkan AKIDAH dan menjebakkan diri dalam SYIRIK.

Ingatlah firman ALLAH:

“Sesungguhnya ALLAH TIDAK MENGAMPUNKAN DOSA SYIRIK, dan DIA mengampunkan dosa-dosa selainnya buat mereka yang DIA mahu.”

Al-Quran, an-Nisaa’, ayat 48.

Ancaman KEKAL DALAM API NERAKA SELAMA-LAMANYA buat para pelaku SYIRIK.

Sumber video:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2821768074539281&id=100001183478080

Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang melanda negara dengan secepatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Idris bin Sulaiman
Kajang
4 Syaaban 1441H / 29 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • AKIDAH AL-MATURIDI?

    Di sesetengah tempat terdapat khatib yang berdoa: “Ya Allah, kukuhkanlah akidah umat seperti dirumuskan oleh Imam al-Asy’ari dan al-Maturidi.” Sebenarnya, banyak aspek yang boleh dibahaskan berkaitan perkara ini. Namun, persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah tentang akidah al-Maturidi. Akidah al-Asya’irah mungkin sudah diketahui umum, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan…

  • | |

    PENGARUH SYIAH IRAN DI MALAYSIA

    PENGARUH SYIAH IRAN DI MALAYSIA Baru-baru ini Institut Terjemahan Negara mengumumkan kerjasama antara Malaysia – Iran dalam terjemahan beberapa hasil karya Parsi ke dalam Bahasa Melayu. . Saya melihat bahawa perkembangan ini sama sekali bukan sesuatu yang baik untuk masyarakat dan negara. . Masakan tidak kerana ia adalah usaha jelas…

  • | |

    PENTING MENJAUHI SYIRIK

    PENTING MENJAUHI SYIRIK Kata Imam an-Nawawi: “Tidak akan kekal dalam api neraka orang yang mati atas tauhid. Ini merupakan kaedah yang disepakati oleh Ahli Sunah.” [Syarah Sahih Muslim 1/28] Pentingnya faham hakikat erti tauhid dan menjauhi segala bentuk syirik. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Jamadilakhir 1443H / 15 Januari 2022

  • | |

    BERTEMU NABI ﷺ SECARA ‘JAGA’

    Ada sebahagian pihak mendakwa guru mereka bertemu Rasulullah ﷺ dalam keadaan ‘jaga’. Dakwaan sebegini musykil. Kerana dua Sahabat paling dekat dan rapat dengan Rasulullah ﷺ, Abu Bakar al-Siddiq dan Omar al-Khattab di samping anak kesayangan baginda ﷺ, Fatimah binti Rasulillah radiallahu anhum, mereka semua tidak pernah mendakwa melihat atau bertemu…

  • BIDAAH KALIMAH ALLAH

    BIDAAH KALIMAH ALLAH # Kristian Malaysia Mahu Menggunakan Kalimah Allah bagi Tuhan dalam terjemahan Melayu Bible # Usaha halus yang boleh memesongkan akidah masyarakat Islam. Ketika mana berdepan dengan pelbagai cabaran akidah termasuklah dengan wujudnya pelbagai ajaran sesat, gerakan LĠBŤQZ, kes-kes murtad dan sebagainya, kini masyarakat Islam di Malaysia berdepan…

  • | | |

    SEMBAH KUBUR DI IBU NEGARA

    Gempar semalam dalam media sosial video sekumpulan orang-orang Islam sedang melakukan ritual-ritual tertentu di sebuah perkuburan di ibu negara. Ramai warga maya tertanya-tanya dan melahirkan rasa tidak senang melihat video tersebut manakala laporan media menyifatkannya sebagai ‘amalan ziarah kubur yang agak berlainan’. Perlu ditegaskan bahawa ziarah kubur yang disyariatkan sama…