|

JIHAD BERSAMA SYIAH IRAN

Tiada dalam sejarah Islam di mana Syiah Rafidah membantu Islam dan kaum Muslimin.

Apa yang pernah berlaku ialah sebaliknya.

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah:

“Tiada dalam kalangan ulama fikah yang menjadi rujukan kaum Muslimin terdiri daripada kalangan orang-orang Syiah Rafidah. Demikian halnya dengan para ulama hadis, tokoh-tokoh yang zuhud dan ulama ahli ibadah.

Tiada juga dalam kalangan anggota tentera Islam yang mendapat bantuan sehingga menang terdiri daripada kalangan orang-orang Syiah Rafidah, ataupun dalam kalangan raja-raja yang membela Islam dan menegakkannya dengan jihad menentang musuh-musuh terdiri daripada kalangan orang-orang Syiah Rafidah.

Demikian halnya dengan para menteri yang mempunyai latar belakang yang baik, tiada dalam kalangan mereka orang-orang Syiah Rafidah.

Sebaliknya golongan Syiah Rafidah kebanyakannya daripada kalangan orang-orang zindik, munafik dan mulhid di samping orang-orang jahil yang tiada pengetahuan tentang ilmu wahyu dan tidak mempunyai kefahaman yang baik mengenai agama.

Mereka terdiri dalam kalangan orang-orang yang tinggal di pedalaman dan pergunungan, tinggal jauh daripada orang-orang Islam dan tidak duduk bersama para ulama, daripada kalangan pengekor hawa nafsu yang ada kedudukan jawatan dan harta, atau mereka mempunyai pertalian nasab yang membuatkan mereka taasub seperti mana halnya orang jahiliah dahulu.

Adapun daripada kalangan para ilmuwan dan ulama maka tiada dalam kalangan mereka orang-orang Syiah Rafidah mengenangkan betapa mudahnya kejahilan dan kezaliman dalam kata-kata mereka akan tersingkap.

Sebaliknya kemunculan orang-orang Syiah Rafidah hanya berlaku dalam kalangan seburuk-buruk kumpulan seperti Nusairiyyah, Ismailiyyah dan tarekat-tarekat sesat.

Sedangkan sifat suka berbohong, khianat dan memungkiri janji menjadi tanda kemunafikan sebagaimana dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim di mana Nabi ﷺ bersabda “Tanda orang munafik ada tiga: Jika berbicara dia berbohong, jika berjanji dia memungkirinya dan jika diberi amanah dia mengkhianatinya.” Imam Muslim menambah “Sekalipun dia berpuasa, solat dan mendakwa dirinya Muslim.”

Dan kebanyakan tiga sifat ini ada pada orang-orang Syiah Rafidah.”

[Minhaj al-Sunah, 2/80]

KESIMPULAN

Mengharapkan bantuan dan pertolongan mereka hanya akan berakhir dengan penyesalan dan kerugian.

CATATAN

Kata Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, guru pengajar di Masjid Nabawi, Madinah:

“Mereka mahu menzahirkan seolah-olah kami berdiri menentang saudara-mara kami di Gaza sedangkan realitinya – demi Allah – mereka berbohong. Kami mencintai saudara-mara kami di Gaza dan Palestin dengan sebesar-besar rasa cinta yang jujur. Kami membantu mereka dengan cara yang benar dan sangat menggalakkan supaya mereka diberi sokongan. Kami sangat bersedih dengan apa yang menimpa mereka.”

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Jamadilawal 1445H
21 November 2023

Similar Posts

  • |

    KAEDAH BERUMAH TANGGA

    Cara interaksi suami dengan isteri. Ketika di hadapan mentua: Hendaklah suami memuji dan berterima kasih kepada isteri. Ketika di hadapan ibu bapa suami: Hendaklah suami menghargai dan menghormati isteri. Ketika di hadapan anak-anak: Hendaklah suami meninggikan kedudukan isteri dan memuliakannya. Ketika berseorangan dengan isteri: Hendaklah suami menasihati isteri dan menegurnya….

  • |

    SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

    Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit. Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu. Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya. Sebaliknya dia senantiasa melihatnya serba kurang. Sikap sebegini penting kerana ia akan membuatkan orangnya terus berusaha menambahkan lagi amalannya serta berusaha untuk memperbaikinya….

  • |

    ISTERI PENGHUNI SYURGA

    Semua manusia mahu rumah tangga bahagia. Tinggal lagi bagaimana mengacapinya, apakah cara-cara dan rahsianya? Hakikatnya sikap toleransi, empati dan merendahkan ego memainkan peranan yang cukup besar dan penting. Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ menceritakan tentang isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga serta sifat-sifat yang melayakkan mereka mendapat tempat bahagia itu. Sabda…

  • |

    ‘SENGKETA’

    Apabila tidak mampu berhujah dengan fakta dan dalil, video lakonan fitnah pula disajikan. Memalukan. Dr. Idris bin SulaimanKajang03 Jamadilakhir 1446H05 Disember 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…