JEMAAH TABLIGH

JEMAAH TABLIGH

Jemaah Tabligh menyelisihi dakwah Salaf As-Soleh.

Mereka berpusat di India berpegang kepada Akidah Asyairah Maturidiah manakala dalam fikah pula mereka bermazhab Hanafi.

Ternyata mereka tidak bersungguh dalam menegakkan akidah yang benar bertunjangkan Tauhid dan memerangi syirik dan khurafat.

Malah mereka memusuhi Dakwah Salaf yang mengajak Umat Islam kepada pemurnian akidah dan ibadah serta membebaskan masyarakat daripada bahana syirik, kufur, khurafat dan bidaah.

Jemaah Tabligh kurang menghidupkan budaya menuntut ilmu, menghayati Al-Quran dan Sunnah serta memahaminya mengikut kefahaman para Sahabat.

Mereka seperti kebanyakan masyarakat masih dalam kepompong bertaklid buta dan taksub kepada mazhab.

Benar mereka ada mengadakan pengajian kitab tetapi ia hanya terhad kepada buku karangan Tuan Guru mereka iaitu kitab ‘Fadail A’mal’, ‘Hayatus Sahabah’ dan mungkin beberapa kitab yang lain. Buku ini dikritik oleh Ulama kerana memuatkan hadis-hadis yang lemah.

Di samping itu, Jemaah Tabligh menekankan amalan ‘khuruj fi sabilillah’ kononnya keluar untuk berdakwah tetapi ia hanya terhad kepada mengajak masyarakat pergi ke masjid tanpa ada usaha memperbaiki akidah pegangan masyarakat ataupun paling kurangnya memperbetulkan cara solat mereka agar menepati sifat solat Nabi sallalahu alaihi wassalam.

Hal ini menunjukkan bahawa ‘khuruj’ mereka lebih kepada sekadar bersiar-siar makan angin atas nama Agama.

Daripada sudut lain, masakan mereka mampu menggalas tanggungjawab berdakwah jika sekiranya mereka sendiri jahil Agama.

Demikian sedikit coretan tentang jemaah sufi moden ini.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

[ Admin ]

Similar Posts