IKUT SUNAH & JAUHI BIDAAH
IKUT SUNAH & JAUHI BIDAAH
Sabda Nabi ﷺ:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ.
“Barang siapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan kita ini (AGAMA) maka ia adalah TERTOLAK.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Sabdanya ﷺ:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.
“Barang siapa melakukan sesuatu AMALAN yang TIDAK menepati cara kami maka ia adalah TERTOLAK.”
[Riwayat Muslim]
Tertolak ertinya tidak diterima ALLAH, terbatal dan tidak mendapat apa-apa ganjaran.
Bahkan orangnya layak mendapat dosa dan kemurkaan ALLAH kerana tidak patuh SUNAH NABI dalam beramal ibadah.
Sedangkan ALLAH ﷻ berfirman:
وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ.
“Dan apa yang dibawakan oleh Rasulullah maka terimalah ia, dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi”.
[Surah Al-Hasyr, ayat 7]
Nabi ﷺ telah membawa SUNAH dan telah menegah daripada BIDAAH.
Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.
Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Syawal 1437H /
20 Julai 2016