IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA?

IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA?

Sebaiknya diutamakan yang dekat sebelum yang jauh. Melaksanakan ibadah korban di tempat sendiri lebih utama kerana ia membolehkan kita memantau pelaksanaannya manakala dagingnya dapat diberi kepada saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi dalam situasi semasa di tanah air ketika mana ramai yang menghadapi kesusahan dan kekurangan akibat ‘lockdown’ dan PKP.

Dengan cara ini bukan sahaja dapat diraih pahala ibadah korban malah hak-hak kekeluargaan dan kejiranan pun dapat dilaksanakan. Barangkali hal ini dilihat remeh dan kecil tetapi yakinlah bahawa impaknya cukup besar, dunia dan akhirat.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Zulkaedah 1442H /
10 Julai 2021

Similar Posts

  • BEZA NASIHAT DENGAN MENGHASUT

    BEZA NASIHAT DENGAN MENGHASUT Para ulama zaman berzaman gigih menggalas tanggungjawab nasihat yang diperintahkan oleh Syariat, yang menjadi antara ciri utama kelebihan umat ini sebagai ‘khayru ummah’. Ia termasuk dalam erti amar makruf nahi mungkar. Demikian Imam Malik mempertahankan pandangannya tentang tidak sahnya talak suami yang dipaksa walaupun beliau dihukum…

  • KESALAHAN

    KESALAHAN Hantaran seperti dalam tangkap layar di bawah perlu dibetulkan. Ayat Al-Quran dalam surah Hud, ayat 44 tidak boleh dijadikan sebagai doa untuk meminta dari bumi menelan air dan langit menghentikan curahan hujan kerana ia merujuk kepada perintah Allah ﷻ ke atas kedua-duanya sesudah ditimpakan air bah ke atas kaum…

  • SYEIKH RABI’ AL-MADKHALI & IKHWAN MUSLIMIN

    SYEIKH RABI’ AL-MADKHALI & IKHWAN MUSLIMIN Semoga Allah merahmati Syeikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafizahullah. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar umurnya membongkar kebejatan pertubuhan Ikhwan Muslimin, perancangan dan kerosakan yang mereka lakukan, di kala ramai ilmuan apatah lagi masyarakat awam yang tidak tahu mengenai pertubuhan ini. Kini pendiriannya telah sampai…

  • SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…