HUKUM-HAKAM PUASA DI BULAN SYAABAN

HUKUM-HAKAM PUASA DI BULAN SYAABAN

1. Awal bulan hingga pertengahan Syaaban:

Harus.

2. Selepas 15 Syaaban sehingga 28 Syaaban:

MAKRUH kecuali mereka yang mempunyai rutin puasa tertentu

(Isnin & Khamis, Hari-Hari Putih 13,14 & 15 hb atau Puasa Daud).

Hal berdasarkan tegahan Nabi iaitu:

“Jika tinggal setengah Syaaban maka jangan berpuasa”

(Sahih. Riwayat Tirmizi)

Cuma tegahan dalam hadis di atas difahami oleh para ulama dengan erti makruh berdasarkan hadis-hadis lain seperti:

“Nabi tidak berpuasa lebih banyak daripada puasanya di Bulan Syaaban; Baginda berpuasa seluruhannya”

dalam riwayat lain,

“Baginda berpuasa (seluruh) Syaaban kecuali sedikit (beberapa harinya Baginda tidak puasa)”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Perbuatan Baginda menjadi pensyariatan buat seluruh Umat.

3. Sehari atau dua hari sebelum Ramadan:

HARAM kecuali mereka yang mempunyai rutin puasa tertentu seperti di No.1.

“Jangan kamu mendahului Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali mereka yang mempunyai puasa tertentu maka hendaklah dia berpuasa”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Puasa Syak (30 Syaaban):

HARAM secara mutlak.

“Barangsiapa berpuasa pada Hari Syak sungguh dia telah derhaka terhadap Abu Al-Qasim (Nabi Muhammad)”

(Sahih. Riwayat Abu Daud)

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

P/S: Tag Nama Rakan FB anda PALING BAIK

SEKARANG, iSDC di TELEGRAM. Klik di sini:
(t.me/ilmusalafdotcom)

[ Admin ]