HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT

HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT

Mazhab Syafie menetapkan bahawa diberi kelonggaran buat penduduk pedalaman yang telah solat Hari Raya untuk tidak solat Jumaat pada hari tersebut.

Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa Mazhab Imam Ahmad menegaskan bahawa barang siapa telah solat Hari Raya maka gugurlah baginya kewajipan solat Jumaat, kecuali bagi imam; melainkan sekiranya jemaah tidak hadir untuk solat Jumaat.

Inilah pendapat yang benar dalam permasalahan ini bahawa barang siapa telah solat Hari Raya maka gugurlah baginya kewajipan solat Jumaat pada hari tersebut.

Hanya sahaja imam tetap perlu mendirikan solat Jumaat bagi membolehkan mereka yang hadir untuk melaksanakannya dan juga bagi mereka yang tidak solat Hari Raya.

Inilah ketetapan yang diambil daripada Rasulullah ﷺ dan para Sahabat. Tidak diketahui bahawa mereka berselisih dalam hal ini.

Sabda Nabi ﷺ:

قَدِ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ.

“Telah terhimpun bagi kamu pada hari ini dua perayaan. Barang siapa mahu maka ia (solat Hari Raya) sudah cukup baginya (dan tidak perlu solat Jumaat). (Tetapi) kami akan menghimpunkan (melakukan kedua-duanya)”.

Sahih. Riwayat Abu Daud

Kata Syeikh Bin Baz r.h.:

“Wajib atas imam dan khatib untuk mendirikan solat Jumaat dan hadir ke masjid bagi melaksanakannya untuk mereka yang hadir. Dan Nabi ﷺ mendirikannya pada Hari Raya; Baginda mengerjakan solat Hari Raya dan solat Jumaat. Tetapi bagi mereka yang telah hadir solat Hari Raya, dibolehkan untuk mereka meninggalkan solat Jumaat. Dan mereka hendaklah mengerjakan solat Zuhur di rumah secara bersendirian atau bersama orang lain sekiranya mereka pun telah hadir solat Hari Raya. Dan sekiranya dia solat Jumaat bersama orang-orang lain (di masjid) maka itu lebih afdal dan lebih sempurna. Tetapi sekiranya dia meninggalkan solat Jumaat kerana dia telah mendirikan solat Hari Raya maka itu tidak menjadi masalah. Cuma hendaklah dia menggantikannya dengan solat Zuhur lalu didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah”.

Sekian.

Idris bin Sulaiman
Kajang
9 Zulhijah 1441H / 30 Julai 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • SEORANG MUSLIM ITU LUAR BIASA

    SEORANG MUSLIM ITU LUAR BIASA Dia tidak seperti orang lain. Jika diberi nikmat dia BERSYUKUR. Jika diuji dengan musibah dia BERSABAR. SABAR menahan diri dengan hati, lisan dan anggota daripada menampakkan sebarang rasa tidak senang dengan TAKDIR ALLAH. Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang tular dengan secepatnya. Sungguh ALLAH MAHA…

  • ETIKA BERPAKAIAN

    ETIKA BERPAKAIAN Cara seseorang berpakaian mencerminkan peribadi. Terdapat pakaian yang baik seperti mana terdapat pakaian yang buruk. Ungkapan Inggeris menyebut ‘First impression counts’ (Tanggapan pertama sangat penting). Kerana itu lumrah bagi manusia untuk menjaga pakaiannya apabila keluar rumah lebih-lebih lagi apabila ada urusan penting seperti temu duga kerja, majlis keramaian…

  • LAWATAN TRUMP KE ARAB SAUDI & PROPAGANDA SYIAH IRAN

    LAWATAN TRUMP KE ARAB SAUDI & PROPAGANDA SYIAH IRAN Susulan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan lebih 50 pemimpin negara majoriti Islam menghadiri majlis perasmian Pusat Global bagi Memerangi Ideologi Pelampau di Riyadh, Arab Saudi. Apa yang menarik perhatian ialah ketiadaan…

  • JANGAN JADIKAN ORANG MUNAFIK (APATAH LAGI ORANG KAFIR) SEBAGAI ORANG KEPERCAYAAN

    JANGAN JADIKAN ORANG MUNAFIK (APATAH LAGI ORANG KAFIR) SEBAGAI ORANG KEPERCAYAAN Firman Allah: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَاعَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ “Wahai ORANG-ORANG BERIMAN, janganlah kamu menjadikan teman kepercayaan kamu daripada kalangan ORANG-ORANG SELAIN KAMU (kerana)…

  • KETAWA MENDENGAR KENTUT

    KETAWA MENDENGAR KENTUT # Kentut sebagai gurauan Dari sudut hukum ia membatalkan wuduk, manakala dari sudut budaya ia boleh memberi aib jika berlaku di hadapan khalayak. Dari sudut adab pula, Nabi ﷺ melarang perbuatan mentertawakan orang yang terkentut. Nabi ﷻ bersabda: لِمَ ‌يَضْحَكُ ‌أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ. “Mengapakah ada yang mentertawakan…

  • MAHU KEMUNGKARAN BERLELUASA

    MAHU KEMUNGKARAN BERLELUASA . Idris bin Sulaiman . . . Syabas dan tahniah kepada pihak-pihak yang menguatkuasakan hukuman jenayah ke atas pesalah LGBT. . . Sebagai Umat Islam sewajarnya kita sokong usah-usaha seperti ini untuk memartabatkan Syariat Islam dan memelihara masyarakat daripada kerosakan-kerosakan golongan LGBT. . . Dukacitanya terdapat pihak…