HARGA TUNAI & HARGA ANSURAN
HARGA TUNAI & HARGA ANSURAN
Sekiranya suatu barangan itu dijual dengan dua harga; harga tunai & harga ansuran di mana harga ansuran barangan tersebut LEBIH daripada harga tunai, maka lebihan tersebut adalah RIBA.
Ini kerana sabda Nabi:
من باع بيعتين في بيعة فله أوكسهما أو الربا
“Barangsiapa menjual dua jualan dalam satu transaksi, maka baginya adalah harga yang paling rendah antara keduanya atau riba.”
Riwayat Al-Hakim dan beliau mensahihkannya.
Maksud hadis di atas di jelaskan oleh ulama Salaf Ibnu Qutaibah (wafat 276H).
قال ابن قتيبة في غريب الحديث : ومن البيوع المنهي عنها … شرطان في بيع و هو أن يشتري الرجل السلعة إلى شهرين بدينارين و إلى ثلاثة أشهر بثلاثة دنانير و هو بمعنى بيتعتين في بيعة
Berkata Ibnu Qutaibah dalam Gharib Al-Hadis:
Antara bentuk jualan yang dilarang ialah… Dua syarat dalam satu jualan iaitu pembeli membeli satu barangan secara ansuran dua bulan dengan harga dua dinar dan jika tiga bulan tiga dinar. Ini makna (hadis):
بيعتين في بيعة
(Dua jualan dalam satu transaksi)
Tamat kata-kata beliau.
Ternyata Nabi sallalahu alaihi wassalam melarang perbuatan menaikkan harga sesuatu barangan sekiranya ia dijual pada harga ansuran.
Barangannya adalah sama tetapi harganya berbeza jika dibayar secara TUNAI atau secara ANSURAN.
Mengapa jika secara ansuran pembeli terpaksa membayar lebih sedangkan dia tidak memperoleh apa-apa kelebihan selain daripada tempoh masa lebih lama untuk membayar harga barangan tersebut.
Seperti dalam pinjaman RIBA di mana peminjam dipaksa membayar lebih daripada jumlah yang dipinjam semata-mata kerana TEMPOH MASA yang diberikan untuk membayar semula pinjaman.
Akhirnya lebihan bayaran itu dibayar semata-mata untuk TEMPOH MASA.
Ini yang dikatakan RIBA.
Kerana itu RIBA haram dan dilaknat Allah.
Barakallahu fikum.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
——————————
Sertai group Sahabat iSDC. PM ke no 019-664 7749