HADIS PALSU di MIMBAR JUMAAT
HADIS PALSU di MIMBAR JUMAAT
Ada di sebuah masjid di mana khatib Jumaatnya membacakan sebuah riwayat:
Kononnya setelah Nabi Adam AS mengakui kesilapannya, beliau berkata:
يا رب أسألك بحق محمد لما غفرت لي
“Wahai Tuhanku: Aku memohon daripada Engkau berdasarkan HAK MUHAMMAD agar Engkau mengampuni aku.”
Ia diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya: Dalail Al-Nubuwwah.
Kata Imam Az-Zahabi:
“Bahkan ia adalah MAUDUK.”
MAUDUK yakni palsu, rekaan semata-mata. Sama sekali tidak sabit daripada perkataan Nabi sallalahu alaihi wassalam.
Kepalsuan riwayat ini turut diakui oleh Imam Ibnu Kathir dan Ibnu Hajar dalam kitabnya: Lisan Al-Mizan.
Hal ini dijelaskan oleh Syeikh Al-Albani secara terperinci dalam kitabnya: Silsilah Dhaifah, no 25.
Sewajarnya mimbar Jumaat peka dalam menukilkan riwayat-riwayat, jangan sampai kita tergolong dalam kalangan mereka yang berbohong atas Nabi sallalahu alaihi wassalam. Kelak diancam dengan api neraka.
Wallahul musta’an