DOA QUNUT NAZILAH
DOA QUNUT NAZILAH
Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa.
Ini sebagaimana dalam riwayat Anas bin Malik bahawa Nabi sallalahu alaihi wassalam melakukan qunut selama sebulan mendoakan atas beberapa perkampungan Arab, kemudian Baginda meninggalkannya.
Dalam riwayat Bukhari:
Baginda melakukan qunut selama sebulan selepas terbunuhnya ‘Al-Qurra’.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin rahimahullah dan Syeikh Saleh Al-Fauzan hafizahullah menegaskan bahawa Qunut Nazilah yang hendak dibacakan oleh para imam masjid, hendaklah ia dilakukan sesudah mendapat KEIZINAN daripada pemerintah atau pihak berwajib.
Ia bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan jemaah masjid dan masyarakat secara amnya.
Barakallahu fikum.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
Pengerusi iSDC
www.facebook.com/idrissulaiman