Dilahirkan Minat Sesama Jenis?
Dilahirkan Minat Sesama Jenis?
Ini hanyalah sekadar dakwaan.
Seperti dakwaan sejak kecil suka minum arak dan berjudi, alasan ini pasti tidak boleh diterima.
Bahkan dakwaan ini bertentangan dengan sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam semua anak lahir mengikut fitrah.
Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ
“Setiap manusia yang lahir, mereka lahir dalam keadaan fitrah. Orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani” [HR. Bukhari-Muslim]
Sepertimana mengarutnya seorang yang mendakwa bahawa sejak lahir dia suka makan tahi, orang akan kata dia gila dan layak masuk hospital sakit jiwa, demikianlah juga dakwaan suka sesama jenis.
Lihat kisah mereka dalam Al-Quran dan bagaimana Nabi Lut menyuruh supaya mereka tetap berkahwin dengan perempuan dan supaya tidak melampaui batas. Tiada pula kedengaran alasan ini diberikan.
Kesimpulannya, ini adalah dakwaan yang BATIL lagi MUNGKAR.
Sekadar alasan membolehkan apa yang terlarang.
Wallahul musta’an
– Ustaz Idris Sulaiman –
==========
SHARE.
Follow FB: www.facebook.com/ilmusalafdotcom