CARA SOLAT WANITA BERBEZA DENGAN LELAKI?

CARA SOLAT WANITA BERBEZA DENGAN LELAKI?

Ini adalah dakwaan yang batil dan tertolak.

TIADA PERBEZAAN antara tatacara solat lelaki dan perempuan.

Semua UMAT ISLAM; lelaki, perempuan, tua, muda, Arab, bukan Arab; mereka semua diperintahkan ikut CARA NABI dalam mengerjakan solat.

Bertepatan dengan sabda Nabi:

صلوا كما رأيتموني أصلي

“Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Adapun sampai ada yang mengatakan:

“Kaum lelaki ikut Nabi manakala kaum wanita pula ikut cara isteri Nabi iaitu Aishah.”

Ini adalah dakwaan batil dan tertolak, bahkan orangnya diancam keras kerana mengangkat selain Rasulullah dan menyama tarafkannya dengan Nabi sebagai ikutan dan sumber hukum.

HANYA dalam beberapa perkara sahaja wujud perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam tatacara solat.

Seperti cara menegur imam: lelaki mengucapkan “subhanallah” manakala perempuan menepuk telapak tangan mereka;

Perempuan tidak mengeraskan suaranya ketika membaca sekiranya ada lelaki ajnabi;

dan beberapa perbezaan yang lain.

Adapun secara amnya, cara solat perempuan adalah SAMA seperti kaum lelaki; daripada mula takbiraul ihram hingga salam.

Bagi mereka yang mendakwa ada perbezaan, mereka perlu mengemukakan dalil; dan sama sekali TIDAK ADA dalilnya.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

Pengerusi iSDC
www.facebook.com/idrissulaiman