BERUBAT DARIPADA SIHIR & MENGETAHUI SIAPA PENGHANTARNYA

BERUBAT DARIPADA SIHIR & MENGETAHUI SIAPA PENGHANTARNYA

Syeikh Al-Albani rahimahullah dalam hal ini mengingatkan kita supaya
berhati-hati dengan talbis iblis penipuan syaitan yang mahu menimbulkan prasangka dan perbalahan sesama manusia.

Golongan yang mendakwa mampu mengetahui siapa yang menghantar sihir tersebut sama ada dia berbohong atau dia mengamal ilmu sihir.

Dalam kedua keadaan golongan ini wajib dijauhi dan ditinggalkan.

Dakwaan mengetahui siapa yang menghantar sihir hanya membuka pintu perbalahan atas dasar sangka-sangka semata.

Ruqyah Syarie hanya tertumpu kepada membaca Al-Quran. Tidak lebih daripada itu.

Mohonlah kesembuhan daripada ALLAH, yakinlah dengan bantuan-Nya.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

[ Admin ]