BELAJAR ISLAM DI NEGARA KAFIR

BELAJAR ISLAM DI NEGARA KAFIR

Belajar Islam di negara kafir menjadi petanda akhir zaman di mana ilmu Agama tidak lagi diambil daripada ahlinya.

Perkara ini sepatutnya jelas bagi kita tetapi dukacitanya Umat Islam kini jadi keliru.

Untuk lebih mudah faham, bagaimana agaknya sekiranya:

Seorang Muslim itu belajar ISLAM di negara YAHUDI ‘ISRAEL’??

Tentunya kita akan mencelanya dan membentaknya.

Mengapa pula apabila seorang Muslim itu belajar ISLAM di UK, USA, Perancis, German dan negara kafir lain kita merasakan ia tidak apa-apa?

Sedangkan ia semua adalah negara KAFIR yang dikuasai YAHUDI di belakangnya?

Kenapa double standard? Kenapa ketetapan kita berbeza?

Ana maklum kenyataan ini mungkin mengejutkan ramai daripada kalangan kita.

Tetapi demikianlah pesanan para Ulama Salafi zaman sekarang seperti Syeikh Bin Baz, Syeikh Al-Albani, Syeikh Uthaimin rahimahumullah dan Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah.

Mereka semua menegah Umat Islam ke negara kafir untuk belajar atau niaga kecuali dalam keadaan ada keperluan yang mendesak.

Adapun untuk belajar Islam, TIADA keperluan sama sekali.

Negara Islam masih ada dan para Ulama Salaf masih hidup di negara-negara Islam ini untuk kita belajar dan menuntut Agama dengan mereka.

Sekadar penjelasan ringkas.

Ana maklum tentunya ada banyak persoalan daripada kalangan ikhwah.

Cukup ini sebagai renungan buat ikhwah semua.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

[ Admin ]