BAPA HARAM AMBIL DUIT RAYA ANAK?
BAPA HARAM AMBIL DUIT RAYA ANAK?
Tidak sama sekali malah dibolehkan.
Bahkan sekiranya si anak itu sudah dewasa dan mempunyai isteri dan anak-anaknya sendiri, si bapa tetap berhak mengambil duit si anak yang sudah berkeluarga tadi mengikut kehendaknya selagi mana tidak memudaratkan si anak.
Ini berdasarkan sebuah hadis di mana seorang lelaki mengatakan:
Sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku.
Mendengar kata lelaki itu Nabi sallalahu alaihi wassalam bersabda:
أنت ومالك لأبيك
Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu. (Sahih. Riwayat Ibnu Majah)
Ketetapan Syarak ini menunjukkan betapa besarnya hak si bapa yang perlu dijaga oleh si anak.
Maka sekiranya si anak itu masih kecil, tiada masalah sama sekali si bapa mengambil duit si anak.
Si bapa memang berhak dan ia tidak dikira pinjaman, hutang dan seumpamanya. Si bapa tidak perlu memulangkannya.
Barakallahu fikum.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
[ Admin ]