ANTARA BERIMAN KEPADA JIN SYAITAN & HANTU

ANTARA BERIMAN KEPADA JIN SYAITAN & HANTU

Perlu dijelaskan bahawa beriman dengan jin dan syaitan adalah wajib kerana ia telah banyak disebutkan kepada kita dalam Al-Quran dan Hadis yang sahih.

Terdapat surah yang khusus bernama Surah Al-Jin dalam Al-Quran.

Adakalanya masyarakat menggunakan nama hantu bagi merujuk kepada makhluk jin dan syaitan.

Adapun nama-nama hantu seperti pocong, langsuir, pontianak, saka dan sebagainya, ia juga hanya istilah yang digunakan oleh masyarakat bagi merujuk kepada jenis-jenis jin dan syaitan ini.

Tidak dinafikan bahawa nama-nama jin syaitan ini serta sifat-sifat hantu tersebut seperti hantu pocong rupanya seperti mayat dan seumpamanya, ia tidak berasas sama sekali. Kerana itu ia wajib ditolak dan tidak boleh dijadikan sebagai kepercayaan.

Adapun asas wujudnya jin syaitan itu tetap perlu kita imani.

Barakallahu fikum.

[ Admin ]