|

TUTUP AURAT PAHAMU!

Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah.

Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini.

Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ:

مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ.

“Antara pusat dan lutut ialah aurat.”

[Hasan. Riwayat al-Daraqutni]

Dalam hadis lain, Nabi ﷺ melihat seorang Sahabat mendedahkan pahanya lalu baginda ﷺ bersabda:

‌غَطِّ ‌فَخِذَكَ، فَإِنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ.

“Tutuplah pahamu. Sesungguhnya paha ialah aurat.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

CATATAN

Mendedahkan paha bagi seorang lelaki di hadapan khalayak sama sekali bukan tanda ‘macho’ atau hebat tetapi tanda kurang kesedaran dan rendah rasa malu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Zulhijah 1444H
07 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    BERGELAP SOLIDARITI PALESTIN

    Saranan yang tiada kewajaran. Muslim dipandu Al-Quran dan al-Sunah mengikut fahaman Salaf al-ummah. Bukan emosi dan perasaan. Saranan yang tidak memberi apa-apa manfaat hakiki kepada penduduk Palestin. Hanya tasyabbuh meniru kuffar Barat yang memang tidak berpedoman. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ “Barang siapa menyerupai sesebuah kaum…

  • |

    JANGAN HALAU MALAIKAT DARI RUMAH

    Sabda Nabi ﷺ: لا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَة. “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” Sahih. Riwayat al-Nasaie. Larangan memasukkan anjing ke dalam rumah dan menggantung gambar makhluk bernyawa; manusia dan haiwan. Adapun gambar pokok dan pemandangan alam hukumnya harus. Dr. Idris…

  • | |

    PENUNTUT ILMU

    PENUNTUT ILMU Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang: 1. Hafal dan faham; 2. Faham tanpa hafal; dan 3. Hafal tanpa faham. Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas. Firman Allah ﷻ: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan…

  • |

    Akaun Media Sosial Rasmi

    HEBAHAN Boleh like, follow dan subscribe akaun-akaun Ustaz Idris Sulaiman – hafizahullah – di bawah: youtube.com/@dridrissulaiman instagram.com/dridrissulaiman tiktok.com/@dridrissulaiman Untuk mengikuti video-video dakwah terbaru yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Semoga usaha ini diberkati Allah ﷻ . Barakallahufikum. ADMIN

  • | |

    JADILAH SEPERTI LILIN, MEMBAKAR DIRI UNTUK ORANG LAIN?

    JADILAH SEPERTI LILIN, MEMBAKAR DIRI UNTUK ORANG LAIN? Mungkin kita biasa dengar peribahasa ini. Persoalannya, adakah maksudnya benar?? Hakikatnya, kemusykilan-kemusykilan seperti ini tiada jalan lain kecuali dengan kita kembali kepada panduan Agama untuk kita mendapat jawapan yang tuntas, yakin lagi benar. Percaya atau tidak, terdapat sebuah hadis yang menyebut tentang…

  • |

    IBNU HAZM MEMBOLEHKAN HOMOSEKSUAL??!

    IBNU HAZM MEMBOLEHKAN HOMOSEKSUAL??! Ini PEMBOHONGAN dahsyat mengatasnamakan Ulama besar semisal Ibnu Hazm Adz-Dzahiri rahimahullah (wafat 456H) Beliau secara jelas mengatakan: “Perbuatan KAUM LUT termasuk perbuatan DOSA BESAR, perkara keji yang HARAM seperti (makan) daging khinzir, bangkai, darah, arak, zina dan sekelian maksiat. Barangsiapa menghalalkannya atau menghalalkan mana-mana daripada apa…