Gold bars, Financial, business investment concept. Euro Money
|

MENGAPA EKONOMI ORANG KAFIR MAJU MAKMUR?

Secara prinsipnya perlu ditegaskan bahawa apa jua ketetapan Allah ﷻ tidak boleh dipersoalkan oleh manusia (Al-Quran, 21:23).

Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa segala nikmat yang Allah ﷻ berikan kepada orang-orang kafir dengan ditangguhkan hukuman seksa ke atas mereka maka ia adalah ISTIDRAJ buat mereka.

ISTIDRAJ ialah kelebihan dan kenikmatan yang diberikan oleh Allah ﷻ kepada para hambaNya yang ingkar untuk menarik mereka sedikit demi sedikit ke arah kebinasaan.

Firman Allah ﷻ:

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan untuk mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka itu maka Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan) lalau mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”

[Al-Quran, al-Ana’am, 6:44]

Firman Allah ﷻ:

“Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka itu hingga ke suatu masa. Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami telah berikan kepada mereka daripada harta benda dan anak-pinak itu. (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).”

[Al-Quran, al-Mukminun, 23: 54-56]

Ayat-ayat di atas mengingatkan Muslim supaya jangan sekali-kali menyangka bahawa nikmat-nikmat kesenangan yang Allah ﷻ kurniakan kepada orang-orang kafir adalah baik buat mereka kerana ia semua akan menjadi asbab penyeksaan mereka dalam api neraka.

Firman Allah ﷻ:

“Jangan sekali-kali engkau terpedaya dengan usaha orang-orang kafir di dunia (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (yang akhirnya akan lenyap) lalu tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.”

Al-Quran, Aali Imran, 3: 196-197]

Justeru mengandaikan bahawa kesenangan dan kemewahan yang dikecapi oleh orang-orang kafir di dunia merupakan balasan baik kerana kecerdikan dan kehebatan mereka ialah satu kekeliruan dan kesilapan.

Masakan tidak, sedangkan azab api neraka menanti mereka di akhirat, dan mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya. Nauzubillah.

Wallahulmuwaffiq.

Similar Posts

  • |

    MENCARI KEBENARAN ATAU BERSILAT LIDAH

    Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan. Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah. Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini. Oleh itu…

  • |

    BERGELAP SOLIDARITI PALESTIN

    Saranan yang tiada kewajaran. Muslim dipandu Al-Quran dan al-Sunah mengikut fahaman Salaf al-ummah. Bukan emosi dan perasaan. Saranan yang tidak memberi apa-apa manfaat hakiki kepada penduduk Palestin. Hanya tasyabbuh meniru kuffar Barat yang memang tidak berpedoman. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ “Barang siapa menyerupai sesebuah kaum…

  • | |

    HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • |

    TIPU DAYA SYAITAN

    Kata Ibnu al-Jauzi: “Engkau mendakwa tidak ada kemampuan dalam melakukan ketaatan tetapi apabila bermaksiat engkau sangat cergas.” [al-Mudhisy, hlm. 347] Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 14 Jamadilawal 1444H 09 Disember 2022

  • |

    EKSTREM & MELAMPAU DALAM AGAMA

    – Definisi Muslim yang baik Sikap ekstrem dan melampau (ghuluw) ditegah oleh agama. Sabda Nabi ﷺ: إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ ‌الْغُلُوُّ ‌فِي ‌الدِّين. “Jangan kamu bersikap melampau dalam agama kerana sesungguhnya apa yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah sikap mereka yang melampau dalam beragama.”…

  • |

    KIFARAH BALASAN AKIBAT DOSA? – KEPERCAYAAN ‘KARMA’

    Perlu ditegaskan bahawa kedua-dua perkataan ‘kafarah’ dan ‘kifarah’ membawa makna yang sama iaitu ‘penutup kesalahan’. Asal perkataan ‘kafarah’ ialah daripada bahasa Arab dengan makna yang tersebut, manakala perkataan ‘kifarah’ lebih merupakan sebutan bahasa Melayu kolokial dan tidak wujud dalam bahasa Arab. Mentafsirkan perkataan ‘kifarah’ sebagai balasan Allah akibat dosa Mukmin…