|

BUNUH DIRI

BUNUH DIRI

Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa.

ALLAH ﷻ berfirman:

وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا.

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.”

[Al-Quran; an-Nisa’: 29]

Sabda Nabi ﷺ:

“Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”

Membunuh diri merupakan antara seburuk-buruk dosa.

Sekalipun demikian pelakunya di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak jatuh kafir sekiranya dia Muslim yang solat, menzahirkan keislamannya, mengesakan ALLAH ﷻ dan tidak menyekutukanNYA.

Justeru kedudukan orang yang membunuh diri di akhirat sama seperti pelaku-pelaku maksiat yang lain di mana terserah kepada ALLAH ﷻ sama ada untuk mengampuninya dan memasukkannya ke dalam syurga atau menyeksanya dalam api neraka mengikut kadar dosanya sebelum akhirnya dia dimasukkan ke dalam syurga.

Ahli keluarganya dan kaum Muslimin yang lain sewajarnya mendoakan keampunan serta rahmat ALLAH ﷻ buatnya, moga-moga ALLAH ﷻ mengampuninya serta mengasihaninya sekiranya dia Muslim.

Tetapi jika orang yang membunuh dirinya itu bukan Muslim, tidak solat, memperlecehkan Agama, menganut kepercayaan-kepercayaan sesat dan seumpamanya maka orang sebegini tidak boleh didoakan untuknya. Sekalipun demikian, hakikat urusannya di akhirat terserah kepada ALLAH ﷻ.

Semoga Allah mengampuni keterlanjuran kita serta mematikan kita dalam Islam.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Zulkaedah 1442H /
28 Jun 2021
Sabar kunci kejayaan
http://www.facebook.com/idrissulaiman
————————
Bantu sebar artikel ini dengan tekan butang share & like. Jazakumullahu khaira.

Similar Posts

  • |

    LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH?

    LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH? # Qias dengan bayi yang baru lahir Sekalipun terdapat pandangan yang mengharuskan supaya dilaungkan azan buat jenazah yang baru diturunkan ke dalam kubur atas alasan mengqiaskannya dengan bayi yang baru lahir tetapi sebetulnya amalan ini tidak disyariatkan. Ini kerana ibadah yang bersifat Ta’abbudi iaitu ibadah yang…

  • |

    TIGA MAKAM IBADAH

    – Takut, berharap, cinta Pelaksanaan ibadah mempunyai tiga makam yang harus dihimpunkan supaya ibadah itu sah diterima Allah ﷻ. Tiga makam tersebut ialah takut (al-khauf’), berharap (al-rajaa’) dan cinta (al-mahabbah) kepada Allah ﷻ. Takut akan membuatkan orangnya menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah ﷻ. Berharap pula akan membuatkan orangnya mendambakan rahmat…

  • |

    PERBAHASAN ILMU

    Tiada mana-mana pendirian manusia yang maksum sama ada dalam penetapan hukum ataupun dalam penerimaan atau penolakan seseorang tokoh. Setiap seorang itu diterima dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi ﷺ. Maka setiap pendirian perlu dilihat pada dalil dan hujahnya, bukan sekadar pada orangnya. Kerana kebenaran tidak diukur dengan orang. Sebaliknya kebenaran ialah…

  • |

    LABEL EKSTREM

    – Ustaz Ahmad Rozaini – Ustaz Engku Fadzil Dakwah Salafi menekankan supaya semua amal ibadah termasuklah doa ditujukan terus kepada Allah ﷻ semata-mata tanpa sebarang perantara. Ini penting bagi menjauhi syirik sebagaimana firman Allah ﷻ: وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَ. “Dan sesungguhnya Kami telah…

  • |

    AHLI PEMIKIR?

    AHLI PEMIKIR? Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya. Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu boleh dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan…