|

Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.

“Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut”.

Kenyataan ini sewajarnya diperbetulkan kerana ajal setiap manusia telah pun ditetapkan dan tiada sesiapa pun yang dapat mempercepatkannya ataupun menangguhkannya.

Allah ﷻ berfirman:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ.

“Dan bagi setiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”

[Surah Al-A’raf; 7: 34]

Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Syawal 1442H /
28 Mei 2021
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    SABAR HADAPI DUGAAN DUNIA

    Mukmin perlu sabar dalam menghadapi dugaan di dunia sebesar mana pun ia datang menguji kerana apa yang pasti di sebalik setiap ujian akan datang kesenangan dan di sebalik setiap kepayahan akan datang kemudahan, sedangkan azab dunia jauh lebih ringan dan tidak terbanding dengan azab akhirat. Firman Allah ﷻ: فَإِنَّ مَعَ…

  • |

    URD DALAM KENANGAN

    Allahyarham Ustaz Rasul Dahri sudah pun pergi. Beliau istiqamah berdakwah sampai hari terakhir. Mahu membantu agama Allah atau memilih jalan menyimpang adalah pilihan masing-masing. Allah ﷻ berfirman: وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَا “Dan katakanlah: Kebenaran itu ialah yang…

  • |

    MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH

    MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH TENTANG HUBUNGAN ANTARA RAKYAT & PEMERINTAH . Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . . 1. Retorik ‘Taat Kepada Pemerintah’ . Terdapat sebahagian kelompok yang mendakwa berpegang kepada prinsip taat kepada pemerintah, tetapi jika diperhalusi, ternyata bahawa apa yang mereka maksudkan dengan pemerintah ialah Yang di-Pertuan Agong sahaja; tidak…

  • |

    JANGAN HALAU MALAIKAT DARI RUMAH

    Sabda Nabi ﷺ: لا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَة. “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” Sahih. Riwayat al-Nasaie. Larangan memasukkan anjing ke dalam rumah dan menggantung gambar makhluk bernyawa; manusia dan haiwan. Adapun gambar pokok dan pemandangan alam hukumnya harus. Dr. Idris…

  • |

    “INI SUNAT JE…”

    “INI SUNAT JE…” – TEGUH DI ATAS SUNAH NABI ﷺ Keprihatinan Nabi ﷺ untuk bersiwak semasa sakit sebelum meninggal dunia menunjukkan kesungguhan baginda ﷺ untuk melaksanakan as-Sunah walaupun di saat-saat akhir hidup baginda ﷺ. – Syeikh Abdul Muhsin al-Badr, ulama besar Madinah.

  • |

    MUFTI SAUDI: PAWAGAM & KONSERT MEMBAWA MUDARAT

    MUFTI SAUDI: PAWAGAM & KONSERT MEMBAWA MUDARAT Ketika ditanya tentang perkembangan terbaru di Arab Saudi membenarkan pembukaan pawagam serta mengizinkan konsert muzik, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Aal asy-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi berterus terang menegaskan bahawa “konsert muzik dan pawagam membawa mudarat dan kerosakan”. Ini kerana menurut beliau kebanyakan…