| | | |

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL PADA HARI SABTU

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL PADA HARI SABTU

Tidak boleh berpuasa pada hari Sabtu kecuali puasa fardu. Sebagaimana dalam hadis yang sahih.

Puasa Enam Syawal termasuk dalam puasa sunat maka ia tidak boleh dilakukan pada hari Sabtu.

Sebagaimana larangan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sekiranya Hari Raya jatuh pada salah satu hari tersebut. Larangan mutlak berpuasa pada Hari Raya akan didahulukan atas tuntutan umum berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Ini berdasarkan kaedah Usul Fekah yang menggariskan bahawa:

‘Larangan Didahulukan atas Keharusan’.

Maka kerana itu, kita dilarang berpuasa sunat Enam Syawal pada hari Sabtu. Ia boleh dilakukan pada hari-hari lain sepanjang minggu.

Untuk penjelasan lanjut boleh baca artikel yang disisipkan.

Barakallahu fikum.

Ustaz Idris bin Sulaiman (hafidzahullah)
9 Syawal 1438H bersamaan 4 Julai 2017

Similar Posts

  • |

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • |

    HAMPIR 40 ZIKIR SEBELUM TIDUR

    – Berpegang kepada as-Sunah – Jangan buat tokok tambah Menurut Ibnu al-Qayyim rahimahullah dalam kibanya Tariq al-Hijratain terdapat hampir 40 bacaan zikir dan doa sebelum tidur yang sabit dalam as-Sunah. Masya-Allah. Betapa banyaknya amalan-amalan as-Sunah yang diajarkan oleh Nabi ﷺ. Jika sebelum tidur sahaja sudah ada hampir 40 bacaan zikir…

  • | | |

    DI MANA ALLAH?

    Salaf al-Soleh berpendirian bahawa Allah ﷻ di atas, terpisah daripada makhluknya, meninggi di atas Arasy. Sebagaimana antara nama Allah ﷻ ialah al-‘Ali (العلي), al-A’la (الأعلى) dan al-Muta’aal (المتعال), semuanya bermaksud Yang Maha Tinggi. Dalil-dalil Al-Quran: وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ “Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:255]…

  • | | |

    TATACARA PUASA 6 SYAWAL

    Umat Islam dianjurkan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal berdasarkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامَ الدَّهْرِ. “Barang siapa berpuasa Ramadan lalu berpuasa enam (hari) pada bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih. Riwayat Muslim] Puasa 6 Syawal ini afdalnya disegerakan…

  • | | |

    SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

    Pegang as-Sunah Jauhi rekaan tokok tambah Sambutan malam Israk Mikraj pada malam 27 Rejab termasuk dalam perbuatan tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama. Sambutan ini sama sekali tiada petunjuknya dalam Al-Quran, hadis ataupun amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Ia bukan suatu tokok tambah ataupun rekaan amalan yang…

  • | |

    RAMADAN BULAN RAHMAT SELURUHNYA BUKAN HANYA PADA AWALNYA

    Antara hadis masyhur tentang bulan Ramadan ialah riwayat: هُوَ شَهْرٌ ‌أَوَّلُهُ ‌رَحْمَةٌ ‌وَأَوْسَطُهُ ‌مَغْفِرَةٌ ‌وَآخِرُهُ ‌عِتْقٌ ‌مِنَ ‌النَّارِ. “(Ramadan) ialah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lain. Hadis ini dinilai daif atas tiga sebab: Ali bin Zaid…