HADIS MUSLIM
HADIS MUSLIM
‘Walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu’
DAIF (LEMAH)?
.
Huzaifah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallalahu alaihi wassalam bersabda:
.
“Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada dalam kalangan mereka lelaki yang hati jantung mereka seperti hati syaitan dalam badan manusia.”
.
Kata Huzaifah, “Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya?” Baginda bersabda:
.
.
تَسْمَعْ وَتُطِيعَ الأمِيرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ
.
“Engkau akan dengar dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Maka dengar dan patuh.”
.
Sebahagian cuba mendaifkan hadis ini khususnya bahagian akhirnya iaitu lafaz,
.
“Walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu”
.
atas alasan ia diriwayatkan secara mursal (sanadnya tidak bersambung) oleh Imam Muslim.
.
Perlu dijelaskan di sini bahawa sekalipun demikian, hadis ini diriwayatkan secara bersambung oleh Imam Al-Hakim dalam kitab Mustadraknya, dan riwayat ini mempunyai mutaba’ah di sisi At-Tabarani, di samping syawahid di sisi Abdul Razzaq dalam Musannafnya, Imam Ahmad dalam Musnadnya, Abu Daud, At-Tialisi dan juga Al-Bazzar.
.
Kesimpulannya, HADIS INI SAHIH TANPA SYAK dan ia dihukum sahih oleh Imam Muslim sendiri, dan juga Abu ‘Awanah, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Hajar, An-Nawawi dan yang lain.
.
Lihat Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi, 12/440 dan juga As-Sahihah oleh Syeikh Al-Albani, hadis no. 2739.
.
.
Rujukan: Pilihan Raya Malaysia, halaman 78
.
Dapatkan buku ini di laman: