ANJING
ANJING
Sabda Nabi:
“Barangsiapa memelihara anjing, kecuali anjing ternakan, buruan atau tanaman, akan berkurang pahalanya setiap hari sebanyak satu qirat.”
Riwayat Muslim.
Sabdanya:
“Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing ataupun gambar.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Walaupun ada perselisihan dalam kalangan ulama tentang sama ada rambut anjing najis atau tidak, tetapi dalam kalangan ulama Syafie dan Hanbali mereka sepakat bahawa air liurnya NAJIS MUGHALLAZAH (Najis Berat).
Ini kerana Nabi bersabda:
“Sucinya bejana kalian apabila dijilat anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali dan yang pertama kali dengan tanah.”
Riwayat Muslim.
Kata Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah:
وأما مس هذا الكلب فإن كان مسه بدون رطوبة فإنه لا ينجس اليد , وإن كان مسه برطوبة فإن هذا يوجب تنجيس اليد على رأي كثير من أهل العلم , ويجب غسل اليد بعده سبع مرات إحداهن بالتراب – انتهى .
“Adapun menyentuh anjing, sekiranya disentuh dalam keadaan tak basah maka ia tidak menajiskan tangan. Tetapi sekiranya dia menyentuh dalam keadaan basah, maka hal ini membuatkan tangannya NAJIS menurut ramai daripada kalangan ulama, dan wajib membasuh tangan tujuh kali dan salah satunya dengan tanah.”
(Majmuk Fatawa, 11/246)
Jilatan anjing ke muka manusia jelas menajiskan muka dan ia perlu disamak; dibasuh bahagian muka yang dijilat sebanyak tujuh kali; salah satu basuhan dengan tanah.
Kajian perubatan hari ini menunjukkan terdapat pelbagai penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia melalui anjing lebih-lebih lagi melalui air liurnya.
Pelbagai jenis kuman virus, bakteria, protozoa dan parasit yang dikaitkan dengan anjing.
Di kalangan mereka yang JAHIL atau terpedaya dengan fahaman LIBERAL mahu menafikan ketetapan Syarak yang melarang Umat Islam daripada memelihara anjing tanpa keperluan dan membawanya masuk ke dalam rumah.
Memelihara anjing menampakkan mereka bertamadun tinggi dan berperikemanusiaan mungkin – kononnya.
Demikian manusia apabila terikut-ikut dengan budaya Kafir Barat sehingga akhirnya batasan Agama diketepikan dengan syubhat-syubhat kemanusiaan dan hak asasi – menurut mereka.
Apakah mereka menyangka Agama tidak berperikemanusiaan dan bersikap zalim? Nauzubillah min zalik
Apa pula reaksi mereka dengan sabdanya:
لولا أن الكلاب أمة من الأمم لأمرت بقتلها فاقتلوا منها كل أسود بهيم
“Seandainya anjing itu tidak termasuk salah satu umat diantara pelbagai umat, niscaya aku akan perintahkan supaya ia dibunuh. MAKA BUNUHLAH ANJING YANG HITAM PEKAT.”
Hadis sahih. Riwayat Imam Ahmad dan yang lain.
Islam adalah menyerah diri kepada ketetapan Allah dan hukumNya.
Usahlah mencabar Allah dan Agama dengan menganggap diri lebih berperikemanusiaan dan lebih adil daripada Allah Yang Maha Mengasihani, lagi Maha Adil.
Catatan:
Kini ada usaha sesetengah pihak untuk ‘menormalisasikan’ budaya kafir Barat dalam kalangan masyarakat Islam; untuk ‘desensitise’; supaya mereka tidak lagi merasa sensitif atau janggal terhadap budaya-budaya kafir ini.
Wallahul musta’an.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
~ Disunting semula ~
Klik SHARE.
[ ADMIN ]