MEMBUNUH SEORANG AHLI DIPLOMAT

MEMBUNUH SEORANG AHLI DIPLOMAT

Ia adalah perbuatan HARAM, bahkan ia DOSA BESAR.

Kata Nabi:

من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة و إن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما

“Barangsiapa membunuh seorang ‘muahid’ (seorang yang telah diikat perjanjian perdamaian dengannya) maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga; dan sesungguhnya bau syurga boleh dihidu daripada jarak empat puluh tahun.”

Riwayat Bukhari.

Seorang ahli diplomat kafir jelas termasuk dalam kategori ‘mustamin’ مستأمن atau ‘muahad’ معاهد iaitu orang kafir yang ada perjanjian perdamaian dengan orang Islam; bahkan ia adalah perjanjian perdamaian di peringkat tertinggi negara.

Perbuatan membunuhnya jelas suatu pengkhianatan terhadap perjanjian tersebut yang akhirnya boleh mengundang mudarat kepada agama dan negara.

Oleh kerana itu, pembunuh layak dihukum oleh penguasa dengan hukuman yang berat setimpal dengan perbuatan jenayahnya.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
————————-
Jom sertai channel Telegram iSDC. Klik telegram.me/ilmusalafdotcom

[ Admin ]