PENGKRITIK DDFB
PENGKRITIK DDFB
Kita katakan kepada golongan ini:
Masing-masing dengan tanggungjawab masing-masing.
Mengapa terlalu fokus pada seseorang individu? Apa masalahnya?
Ini juga satu musibah.
Beri nasihat. Beri pandangan yang membina. Jika tidak diterima, jangan pula nak memaksa. Mungkin pihak tersebut ada alasan dan sebab yang kita tak tahu.
Apapun, kita laksanakan tanggungjawab kita. Orang lain dengan tanggungjawab mereka.
Tetapi jika kita berlebih-lebihan dalam mengkritik, seolah-olah di atas muka bumi tiada orang lain, dikhuatiri kita mempunyai masalah yang lain.
Kita akan dilihat mempunyai masalah peribadi dengan individu tersebut.
Kerana itu, dalam mengkritik perlu berpada-pada. Jangan berlebihan dan keterlaluan. Kelak tersasar daripada matlamat.
Golongan yang berlebih-lebihan dalam ‘tahziran’ adalah golongan perosak. Kebatilan tidak dibantah, kebenaran pun tidak ditegakkan. Itulah mereka.
Perlu diingat, maslahat dakwah mengatasi maslahat individu. Jangan kerana sikap kita yang keterlaluan menimbulkan fitnah pada dakwah Sunnah dan kekeliruan pada masyarakat. Itu perbuatan yang jelas tak wajar.
Dakwah dan nasihat perlu kebijaksanaan.
Wallahul musta’an
Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah)
Pengerusi Ilmu Salaf Dot Com (iSDC)
————————-
Jom sertai channel Telegram iSDC. Klik telegram.me/ilmusalafdotcom
[ Admin ]