KIRIM SALAM KEPADA NABI

KIRIM SALAM KEPADA NABI

Sering kita mendengar apabila ada orang yang akan berangkat mengerjakan Haji atau Umrah, akan ada yang meminta supaya mereka mengirim salam kepada Nabi.

Sejauh manakah amalan ini menepati Syarak?

Hakikatnya ini adalah satu kekeliruan.

Kita TIDAK PERLU berbuat demikian. Tidak perlu mengirim salam kepada Nabi sallalahu alaihi wassalam.

Tanpa sedar, kita sebenarnya mengucapkan salam kepada Baginda saban hari dalam solat kita paling kurang SEPULUH KALI ketika solat fardu 5 kali sehari.

Kita mengucapkan salam kepada Nabi ketika TASYAHHUD dalam ucapan kita:

Assalamualaika ayyuha al-nabi (atau: ala al-nabi) warahmatullahi wabarakatuh….

Ini ucapan salam kita kepada Nabi dalam tasyahhud.

Ramai yang tidak sedar kerana tidak faham apa yang mereka ucapkan dalam solat.

Bagaimana salam kita sampai kepada Nabi sedangkan kita jauh daripada Baginda yang bersemadi di Madinah?

Nabi dalam sebuah hadis menjelaskan:

“Sesungguhnya Allah memiliki para malaikat yang berlegar-legar di bumi, mereka menyampaikan salam umatku kepadaku di mana pun mereka berada.”
(Sahih. Riwayat Nasa’i).

Alhamdulillah. Syukurlah kita kepada ALLAH. Tiada perlunya kita mengirim salam kepada Nabi kerana kita boleh mengucapkannya terus kepada Baginda untuk para malaikat yang pantas lagi amanah menyampaikan kepada Nabi sallalahu alaihi wassalam.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

[ Admin ]