SENTUH PEREMPUAN BATAL WUDUK

SENTUH PEREMPUAN BATAL WUDUK

SOALAN:
Adakah menyentuh / disentuh wanita tidak membatalkan wudhuk (yang bukan mahram)? Berdasarkan dalil-dalil dari riwayat Aishah hanyalah khusus merujuk kepada isteri sahaja yang tidak membatalkan wudhuk.

JAWAPAN USTAZ ABU OMAR IDRIS SULAIMAN:
Sentuhan antara lelaki dan perempuan mahram dan bukan mahram tidak membatalkan wuduk.

Ini berdasarkan perbuatan Nabi mencium Aishah kemudian terus solat tanpa mengulangi wuduknya.

Dakwaan bahawa ia KHAS bagi suami & isteri perlu kepada dalil tambahan lain yang menyokong dakwaan ini.

Ini kerana secara dasarnya suatu hukum Syarak itu adalah umum buat seluruh umat; lelaki & perempuan, mahram & bukan mahram tua & muda.

Barakallahu fikum.
===============
PM ‘Sahabat iSDC’ ke +6019 664 7749 untuk sertai group soal jawab.

[ Admin ]