SISTEM HAMBA SUDAH TERHAPUS?

SISTEM HAMBA SUDAH TERHAPUS?

Sistem perhambaan adalah sistem yang benar dan hak diperakui oleh Syariat Islam dan ia akan berkekalan sampai ke Hari Kiamat.

Ia berpunca daripada perbuatan syirik dan kufur yang dilakukan oleh orangnya yang memperhambakan dirinya kepada selain ALLAH, maka layaklah dia diperhambakan oleh orang Islam sebagai satu kemuliaan buat orang Islam dan dalam masa yang sama satu kerahmatan buat si kafir itu apabila dia menjadi tawanan perang di kala berdepan dengan pilihan antara sama ada dibunuh atau ditawan menjadi hamba.

Sejarah membuktikan bahawa ramai daripada kalangan hamba kafir tawanan perang ini akhirnya memeluk Islam sesudah melihat kebaikan Islam dengan tinggal bersama keluarga tuannya yang Muslim.

Contohnya adalah datuk Imam Abu Hanifah yang asalnya seorang hamba kafir tawanan perang yang memeluk Islam dan akhirnya daripada zuriatnya lahirlah tokoh besar Islam ini.

Walaupun begitu, ternyata Syariat Islam menggalakkan pembebasan hamba dalam banyak cara antaranya sebagai kafarah apabila melakukan suatu kesalahan.

Walaupun pada hari ini mungkin ada yang berkata tiada lagi hamba, tetapi percayalah apabila tertegaknya semula jihad maka sistem hamba akan wujud semula dengan sendirinya.

Selagi tidak, Umat Islam akan terus hidup dalam kehinaan dengan ditindas oleh orang kafir, dizalimi malah ramai dibunuh jika bukan diperhambakan secara tidak langsung melalui sistem hutang riba kafir Yahudi.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

[ Admin ]